JOM JOIN CONTEST HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
Seminggu lagi Tirai 2009 akan ditutup dan akan bermula lembaran baru 2010 yang mungkin akan memberikan kehidupan yang lebih mencabar.
Dengan itu kita perlu lebih bersedia menyambut kedatangannya dan mengharungi segala apa jua yang bakal menjelma. Kesukaan & Kedukaan, Kegembiraan & Kesengsaraan, Kemanisan & Kepahitan juga mungkin suatu Kehidupan atau pun suatu Kematian.
Semuanya tidak mustahil berlaku...
Rebutlah kekayaan dunia seolah2 kamu akan hidup seribu tahun lagi dan beramallah untuk bekalan akhirat seolah2 kamu akan mati pada esok hari...
Persiapan menempuh pancaroba kehidupan tahun 2010 haruslah selari dengan Hijrah 1431 yang juga baru seminggu perjalanannya. Apakah azam kita akan bermula seminggu lagi atau telah ditekadkan seminggu yang lepas??? Dan apakah azam kita itu???
Ingin berubah dari yang buruk kepada yang baik atau memperbaiki yang baik kepada yang lebih baik??? Seharusnya...kedua2nya...tidak ada manusia yang mahu menjadi sebaliknya...kalaupun ada, manusia itu memang telah tertutup imannya atau dipesongkan akal fikirannya...dihasut hati sanubarinya oleh syaitan dan ia tidak layak lagi menjadi seorang insan...alangkah baiknya dia menjadi seekor kaldai...atau lebih baik dilenyapkan terus dari muka bumi ini supaya tidak ada insan lain yang akan disusahkan dengan adanya makhluk sebegini...
Emosilah pulak...mungkin disebabkan adanya azam baru dijiwaku dan ada perasaan tidak mahu diganggu-gugat oleh sesuatu faktor akan azam yg telah disematkan dihatiku...
Sememangnya azamku agak tinggi dan target juga lebih dari tahun2 sebelumnya...harap-harap ia tercapai tetapi persiapan untuk menghadapi kegagalan juga perlu...kerana HIDUP BERANI UNTUK GAGAL...
Biar azam tinggi menggunung, jika pencapaian cuma setinggi bukit kita perlu bersyukur dengan kejayaan itu. Postmortem dari tahun lepas perlu diambil kira dan bagiku...target 2009ku tak tercapai kerana terkena tempias global recession.
Beberapa perkara yang aku target tapi tak berjaya tahun lepas adalah;
1. Mengerjakan Umrah. Sebab: Kontrak kerja di UAE telah ditamatkan. Mungkin takde rezeki tapi 10 tahun yang lalu (tahun 1999) aku telah berumrah dan ziarah bersama keluarga.
2. Melangsaikan hutang kad kredit. 4 bulan dulu dah clear, tapi setelah tak bekerja dah menimbun balik. Tahun 2010 adalah tahun melangsaikan hutang. Tak sabar tunggu 4hb Januari utk withdraw dividen ASB bayar CC.
3. Selesaikan hutang rumah. Jika aku masih bekerja di Dubai sana maybe hutang rumah pun dah nak selesai. Plan baru, jual rumah - beli rumah yang baru lebih murah. Klu boleh minimalkan pembayaran bulanan.
4. Nak tambah anak. Anak tu rezeki, dulu kerja jauh2 dari family. Terpaksalah family planning pasal sayangkan isteri nanti dia sorang2 jaga baby. Dahla jauh dari hometown. Anak yang paling kecik skang dah nak masuk darjah 1.
5. Beli tiket 1hb ke 15hb December nak jaga ayah yang sakit. Tapi Allah lebih sayangkannya dia pergi meninggalkan kami pada 26hb December 2009 bersamaan 9 Zulhijjah 1430 pada umurnya yang hampir 80 tahun. Semuanya telah tertulis dan majlis pengkebumiannya pada malam Jumaat itu, semasa jemaah haji berwukuf di Arafah telah berlangsung tanpa kehadiran seorang anak lelaki bongsunya. Alhamdulillah, menurut Mak semuanya berjalan lancar dan amat pantas. Aku sampai dari Bintulu ke Sik, Kedah pada jam 2:00 pagi. Sepanjang 7 hari berturut2 amat ramai sahabat2 Arwah Ayah dan jiran tetangga yang bertahlil untuknya. Al-Fatihah buat beliau. Terima kasih dari saya buat yang sudi...
Itulah dia sedikit-sebanyak kegagalan yang aku dapat senaraikan dan bila difikirkan memang tak berdaya aku untuk lari darinya. Apa-apa pun tiada kekesalan yang perlu diratapkan kerana kita HIDUP BERANI UNTUK GAGAL.
Joom join contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL oleh Denai Hati, contest dipenghujung 2009 ini selagi ia belum ditutup secara rasminya oleh Denaihati @ Yang Terbuku Di Hati. Baca syarat2 di contest dan entri dari saya bertajuk Sedikit2 Lama2 Jadi Bukit.
Kalau ada sesiapa yang nak join, sila tuliskan nota ini, "saya tahu contest 'HIDUP BERANI UNTUK GAGAL' dari blog A'An's Blog" di entri anda. Selamat Berjaya.
P/s: Projek terbengkalai di Item 5 & 6 entri Sedikit2 Lama2 Jadi Bukit telah berjaya dipublishkan untuk page pertama di http://iradinar.ws dan page seterusnya akan menyusul tak lama lagi, mungkin tentang web traffic (bagaimana mendapatkan trafik percuma) atau SEO (Search Engine Optimization).
It's not what happens to you that determines where you will go in life; It's how you handle what happens to you; life must goes on and our future would be better; today is better than yesterday and tomorrow would be better than today...
Thursday, December 24, 2009
Friday, December 18, 2009
Sedikit2 Lama2 Jadi Bukit
Maal Hijrah 1431
Sempena Maal Hijrah 1431 ini, aku mohon kemaafan di atas apa jua kesalahan yang disedari atau tidak maklumlah, kita manusia tak lekang dari membuat kesalahan. Sememangnya aku benar2 HIJRAH ke selatan Borneo 5 hari yang lepas setelah menjadi penganggur terhormat selama 4 bulan. Semoga kehidupan aku akan bertambah baik selepas ini.
4 bulan tanpa kerja membuatkan aku lebih mengenali dunia internet. Aku kenal website, weblog, webhosting, affiliate, html code, adsense, income online dan paypal, clickbank, paid to click, traffic web dan banyak lagi tentang kehidupan maya dunia kini. Aku join bermacam-macam program yang boleh memberikan pendapatan sampingan kepada aku dan keluarga. Sehinggalah aku kenal dengan blog Yang Terbuku Di Hati oleh Denaihati. Aku join Berani Gagal Network dan sekarang ingin sertai contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" melalui entri ini.
Saya tahu contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" sememangnya dari blog denaihati sendiri. Penaja contest ini adalah DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare.
Untuk contest ini, aku nak ceritakan betapa aku "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dalam dunia online income. Aku taknak ceritakan yang gagal kerana risiko gagal itu memang aku dah terima dan BERANI menerimanya. Yang berjaya pula tidaklah seberapa tapi aku akan teruskan perjuangan...yerlah..."HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"lah katakan...
Tetapi walau tak seberapa ia menjadikan aku lebih berani dan pengalaman mengajar kita untuk lebih berhati-hati...BIAR...
Sedikit2 lama2 jadi bukit...
Alhamdulillah, tak sampai setengah tahun aku belajar dan praktikkan mencari income dari online bisnis, ada beberapa program yang nampaknya memberangsangkan. Diantaranya,
1. KLIK Dapat Wang Segera
KLIK Dapat Wang telah merombak terma dan syarat untuk terus 'survive' dan mengungguli dunia pengiklanan internet di Malaysia.
2. Ekstraprofit - Pakej Lumayan dari Seberang
Terbuka kepada semua Warga Indonesia yang ada 'No. Rekening' Bank terpilih Indonesia. Rakyat Malaysia yang nak join pembayaran dibayar melalui akaun Paypal.
Contoh pembayaran ke Paypal seperti di bawah;
3. Paid to Click (PTC) Program
Contoh pembayaran ke Paypal seperti di atas; Program ini walaupun FREE tapi perlukan pengorbanan masa untuk melayannya. Sila baca T&C sebelum join. Senarai PTC yg aku join;
4. E-Jariah
Downline yang aku dapat sehingga Level ke-3. Pembayaran 'direct to' akaun Maybank.
5. Adsense - Pendapatan terkini sebanyak $2.76.
Program adsense aku ter'sentot' bila blog aku cubajadikaya.blogspot.com kena band dengan eblogger...hehehe... maybe ada something wrong yang aku buat tapi aku tak pasti apa? Mungkin trafik keblog tu mendadak naik sampai ke 400 ke 500 orang sehari daripada cuma 4-5 orang. InsyaAllah, tahun depan aku akan bangunkan website sendiri. Dah lama start tapi belum siap, salah satu projek terbengkalai aku di tahun 2009.
6. Global Domains International dan ACME People Search
Disinilah website aku akan dibangunkan dengan modal sebanyak RM35 sebulan.
7. Paid Survey
Setakat ini aku belum withdraw lagi pendapatan aku melalui Survey Program.
Apa-apa pun "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL". Gagal sekali tak bermakna kita akan gagal selamanya, biar jatuh, biar rebah, semangat juang perlu ditingkatkan. Kita bangun semula untuk mencari KEHIDUPAN yang lebih bermakna dan mendapat keredhaan Ilahi...
Dalam dunia e-maya ini, advertising adalah kata kunci kepada kejayaan. Rajin promosi, rajin iklan website kita...InsyaAllah kejayaan lebih dekat dengan kita...
Beberapa website percuma yang aku guna untuk pengiklanan seperti, ts25 Traffic Syndicate, vinefire dll... lg tentang pengiklanan.
Sesiapa yang ingin sertai contest ini, sila join sebelum ia ditutup secara rasmi oleh...
denaihati http://denaihati.blogspot.com/2009/12/contest-hidup-berani-untuk-gagal.html
Selamat menyambut tahun baru semoga tahun2 mendatang akan lebih menyerlahkan keharmonian dan kebahagiaan...

Bil. | PTC Site | Min.Payout | Acc. Balance (18 Dec 2009) |
| 1 | Clixsense | $10.00 | $2.61 |
| 2 | FinePTC | $10,000.00 | $3,130.00 |
| 3 | BigMoneyPTC | $1,000.00 | $236.50 |
| 4 | RichPTC | $1,000.00 | $188.00 |
| 5 | Ptcbiz | $10.00 | $1.29 |
| 6 | bux.gs | $9.00 | $0.81 |
| 7 | neobux | $2.00 | $1.035 |
| 8 | upbux | $2.00 | $0.35 |
| 9 | WishingWellPTC | No Min. | $0.38 |
| 10 | FreeClixnCash | $0.25 | $0.16 |
| 11 | Banzibux | $1.00 | $0.27 |
| 12 | GrandPTC | $1,000.00 | $5.00 |
4. E-Jariah
Downline yang aku dapat sehingga Level ke-3. Pembayaran 'direct to' akaun Maybank.
5. Adsense - Pendapatan terkini sebanyak $2.76.
Program adsense aku ter'sentot' bila blog aku cubajadikaya.blogspot.com kena band dengan eblogger...hehehe... maybe ada something wrong yang aku buat tapi aku tak pasti apa? Mungkin trafik keblog tu mendadak naik sampai ke 400 ke 500 orang sehari daripada cuma 4-5 orang. InsyaAllah, tahun depan aku akan bangunkan website sendiri. Dah lama start tapi belum siap, salah satu projek terbengkalai aku di tahun 2009.
6. Global Domains International dan ACME People Search
Disinilah website aku akan dibangunkan dengan modal sebanyak RM35 sebulan.
7. Paid Survey
Setakat ini aku belum withdraw lagi pendapatan aku melalui Survey Program.
Apa-apa pun "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL". Gagal sekali tak bermakna kita akan gagal selamanya, biar jatuh, biar rebah, semangat juang perlu ditingkatkan. Kita bangun semula untuk mencari KEHIDUPAN yang lebih bermakna dan mendapat keredhaan Ilahi...
Dalam dunia e-maya ini, advertising adalah kata kunci kepada kejayaan. Rajin promosi, rajin iklan website kita...InsyaAllah kejayaan lebih dekat dengan kita...
Beberapa website percuma yang aku guna untuk pengiklanan seperti, ts25 Traffic Syndicate, vinefire dll... lg tentang pengiklanan.
Sesiapa yang ingin sertai contest ini, sila join sebelum ia ditutup secara rasmi oleh...
denaihati http://denaihati.blogspot.com/2009/12/contest-hidup-berani-untuk-gagal.html
Selamat menyambut tahun baru semoga tahun2 mendatang akan lebih menyerlahkan keharmonian dan kebahagiaan...
Subscribe to:
Posts (Atom)
1Malaysia Making Money Online berani gagal network Contest Hidup berani untuk gagal Isu Semasa Melayu Motivasi Online Income Social networking Travel weblog popular Search Engine Optimization Adsense Archive Follower Twitter Optin Traffic Secret Method Keywords